Jumaat, September 11, 2015

[Video] Tidak Akan Ada Lagu Baharu Ziana Zain Untuk Tahun 2015



Penyanyi terkenal, yang juga pelakon, model, jurucakap produk dan duta jenama terkenal, Ziana Zain sekali lagi memberikan penjelasan berhubung insiden mikrofon terpelanting ketika membuat persembahan di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2015. Mesikipun, video berdurasi pendek itu menjadi viral dan tersebar luas di media sosial, namun bagi Ziana, insiden itu sama sekali tidak memalukan bahkan hanyalah sebagai sesuatu yang melucukan yang akan ditinggalkannya sebagai memori dalam sejarah kariernya bergelar anak seni. Menambah bicara, Ziana menjelaskan bahawa tidak akan ada album baharu daripadanya tahun ini. Bercakap lebih lanjut tentang lagu baharu, Ziana masih lagi mencari sesuatu yang baharu dan mengharapkan ada buah tangan daripadanya kepada peminat pada tahun hadapan. Bagaimanapun, penyanyi kening terjongket ini tidak mahu menetapkan bulan, kerana masih belum pasti akan kesudahan niat dan perancangannya itu. Begitupun, Ziana tetap meminta para peminat setianya bersabar dan mendoakan yang terbaik.