Khamis, September 03, 2015

[Video] Soo Wincci Sedia Terima Padah, Rakam Video Desak PM Letak Jawatan



Penyanyi Soo Wincci sanggup menerima padah termasuklah disenaraihitamkan oleh mana-mana pihak berikutan tindakannya mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.Desakan itu dibuat menerusi rakaman videonya yang dimuat turun di laman rasmi Facebook miliknya pada 30 Ogos lalu.Wincci, 29, berkata, sebagai selebriti dia berani bertindak sedemikian kerana mahu menjadi wakil buat rakyat yang menentang pentadbiran perdana menteri  dan bersedia sekiranya dilucut taraf kerakyatan.”Sebelum memuat turun video berkenaan, saya sudah bersiap sedia dengan segala risiko yang bakal diterima. "Andai kata nama saya disekat di mana-mana saluran media, saya akur dengan perkara itu," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Selasa. Wincci kini sedang berada di Taiwan atas urusan kerja.