Ahad, September 13, 2015

[Video] Pesawat MAS Didakwa Mendarat Tepi Jalan Raya Akibat Ribut Pasir



Syarikat Malaysia Airlines Berhad yang mengendalikan perkhidmatan Penerbangan Malaysia (MAS) belum dapat mengesahkan kesahihan sebuah klip video yang menunjukkan sebuah pesawat didakwa miliknya membuat pendaratan cemas di tepi jalan raya akibat ribut pasir di Jeddah, Arab Saudi. Pengurus Kanan Komunikasi Korporat MAB, Khairunisak Dzun Nurin ketika dihubungi Kosmo! bagaimanapun mengakui Pengawal Trafik Udara (ATC) Jeddah telah mengarahkan semua pesawat kekal berada di laluan ke landasan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini ekoran ribut tersebut. -Kosmo!