Ahad, September 13, 2015

[Video] Insiden Mikrofon Terbang Bukti Ziana Zain Kekal Relevan Dalam Industri Hiburan



Nama Ziana Zain mungkin sudah tidak sekencang zaman kegemiliangannya dulu, namun auranya tetap ada dan kekal dalam industri hiburan tanah air. Sudah menjadi prinsip figura ini hanya tampil dalam ruang media apabila adanya produk atau material terbaharu yang perlu dikongsikan kepada umum. Jika tidak, ibu kepada empat orang cahaya mata ini lebih selesa menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu, persis wanita normal yang lain. Baru-baru ini namany menjadi viral apabila aksi mikrofon terbang ketika persembahan di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2015 tersebar luas dalam medium sosial. Bahkan, program hiburan televisyen juga tidak ketinggalan daripada memasukkan babak itu dalam siaran program mereka. Begitu juga akhbar perdana tanah air yang turut mengisahkan berita berkenaan yang dikatakan pertama terjadi dalam sejarah industri nyanyian di bumi Malaysia ini. 


Bercakap kepada wartawan HLive, Ziana berkata, insiden itu bagi dirinya bukanlah sesuatu yang memalukan sebaliknya merupakan satu momen lucu yang akan dikenang sampai bila-bila. Apapun, kata Ziana, sebagai seorang yang berfikiran positif dia melihat kejadian yang berlaku itu sebagai maklum balas atau perhatian yang diberikan khalayak kepada dirinya, sekali gus membuktikan bahawa adanya audien yang peka terhadap dirinya yang menjadikannya kekal relevan dalam industri hiburan tanah air.


1 Komentar:

Write Komentar