Sabtu, September 26, 2015

[Video] Belum Reda Insiden Rempuhan; Khemah Jemaah Haji Di Mina Pula Terbakar



Bermula dengan tragedi runtuhan kren di Masjidil Haram, umat Islam seluruh dunia dikejutkan pula dengan insiden hotel penginapan jemaah haji dari Asia terbakar. Baru beberapa hari ini, suatu lagi insiden besar telah berlaku membabitkan kematian lebih 700 nyawa akibat rempuhan di Mina. Dan terkini, khemah jemaah haji di Mina pula dilaporkan terbakar, berpunca daripada dapur di penempatan khemah jemaah haji dari Mesir. Banyak pula dugaan buat jemaah haji pada tahun ini. Semoga mereka terus bersabar dalam menempuhi saki baki amal ibadah di tanah suci.