Isnin, September 28, 2015

Tweet PM Semua Sekolah Cuti 2 Hari Adalah Palsu



Tweet Perdana Menteri meminta agar Kementerian Pendidikan menutup semua sekolah seluruh Malaysia pada hari Isnin dan Selasa berikutan jerebu adalah palsu. Tweet yang menjadi viral hari ini telah menyebabkan ramai ibu bapa keliru. Tinjuan Sinar Online mendapati tweet sebenar Najib adalah meminta agar rakyat mengurangkan aktiviti luar dek kerana jerebu teruk yang melanda negara kini. "Saya difahamkan keadaan jerebu di beberapa negeri di Malaysia berada pada paras tidak sihat. Kurangkan aktiviti luar dan jika perlu, guna topeng muka," tulisnya di Twitternya hari ini.