Rabu, September 30, 2015

Tempoh Tunang Tak Ditetapkan; Stacy Dan Akim Takkan Nikah Waktu Terdekat



Lebih enam tahun bercinta, penyanyi Stacy, 25, dan Akim Ahmad, 24, menyimpulkan hubungan mereka dengan ikatan pertunangan, kelmarin.Meskipun sebelum ini tidak ada sebarang berita atau pengumuman mengenai perkara itu, Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam berkata, majlis yang diadakan sederhana itu hanya membabitkan keluarga kedua-dua pihak.Penyanyi lagu Not For Sale ini menafikan dia dan Akim sengaja merahsiakan perkara itu.“Memandangkan ia sekadar majlis pertunangan, jadi tak perlu nak dihebohkan kepada umum. Tambahan pula majlis itu membabitkan keluarga terdekat. Jadi saya harap semua pihak faham.“Insya-Allah jika sudah ada tarikh majlis nikah nanti baru kami maklumkan. Buat masa ini, keluarga belum tetapkan tempoh pertunangan dan majlis nikah tidak akan berlangsung dalam waktu terdekat,” katanya.