Isnin, September 07, 2015

Tasha Shilla Tak Nak Fikir Perkara Yang Sudah Berlalu


Lepas satu, satu kontroversi timbul membabitkan pelakon Tasha Shila. Selepas lenyap isu gambar lucah didakwa dirinya, terbaru Tasha dikatakan bergaduh dengan bekas kekasih juga pengiat sukan lasak Muay Thai, Han Wong. Tasha atau Natasha Sheila Abdul Razak didakwa mengupah 40 kaki pukul untuk ‘membelasah’ bekas kekasihnya itu sebagaimana laporan polis yang dilakukan Han.Bagaimanapun, Tasha dan Han mengambil sikap berdiam diri dan tidak mahu memberi sebarang kenyataan membabitkan isu terbabit. Sehari sebelum kejadian berlaku, Tasha yang ditemui sewaktu majlis pelancaran produk menjelaskan, sebarang isu kontroversi dikaitkan dengan dirinya sedikit pun tidak menjejaskan tumpuannya kepada kerjaya.Tawaran berlakon juga tidak pernah putus, malah dia terpaksa mengambil cuti selama tiga bulan untuk berehat panjang selepas bekerja tanpa henti selama setahun.


“Saya tidak pernah berkecil hati dengan pelbagai tohmahan orang keliling berikutan pelbagai kontroversi atau cerita negatif timbul membabitkan diri saya.“Lagipun, apa yang berlaku itu tidak benar (membabitkan dakwaan gambar lucah yang tersebar). Sebagai orang yang tidak bersalah, saya melakukan perkara yang sepatutnya saya lakukan dengan membuat laporan polis,” katanya. - Metro