Rabu, September 30, 2015

Tak Rancang Anak; Keith Foo Anggap Kim Pelengkap Hidup Sebenar


Selepas 10 bulan mengahwini wanita pilihannya, Kim Raymond, 27, Keith Foo berkata, dia kini berada dalam fasa pembelajaran untuk mengemudi bahtera rumah tangga.  “Saya mengenali Kim sejak 13 tahun lalu. Jadi secara praktikal, kami sudah saling mengenali antara satu sama lain.“Cuma mungkin perubahan yang saya alami sekarang adalah tanggungjawab sebagai suami. Aspek itu yang perlu saya adaptasi dalam kehidupan baru ini,” katanya.Pelakon yang sebelum ini meniti populariti di Indonesia menerusi pelbagai sinetron berkata, perkara yang membahagiakan sejak berkahwin apabila Kim membantunya dalam segenap aspek kerjaya dan peribadi. 


“Bukan hanya makan, pakaian dan kasih sayang, dia juga bertindak sebagai pengurus saya. Jadual kerja saya dia yang pantau dan uruskan sekarang.“Malah, penampilan saya setiap kali hendak keluar bekerja atau bersantai juga lebih teratur sejak kehadiran Kim dalam hidup saya.“Dia memahami dan menyokong kerjaya saya sampaikan fesyen saya pun dibimbing oleh dia. Dia pelengkap kehidupan saya sekarang,” katanya.Mengenai zuriat, Keith berkata, mereka tidak merancang soal anak, tetapi jika dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat, ia perkara yang menggembirakan.“Kami tidak merancang. Jika dikurniakan rezeki untuk kami, kami terima,” katanya. -HM