Jumaat, September 25, 2015

Suami Umie Aida Dalam Tahanan Polis Jatuh Sakit, Dikejarkan Ke Hospital?



Umum mengetahui suami kepada aktres Umie Aida, Datuk Seri Khairuddin sedang ditahan polis berikutan siasatan berkenaan agenda menggulingkan kerajaan. Pada Khamis lepas, penahanan Khairuddin disambung semula. Apa yang mengejutkan adalah, malam ini menerusi akaun Instagram Betty Rahmad, iaitu adik ipar Khairuddin yang juga adik kepada Umie Aida dan Erma Fatima mengkhabarkan pengumuman bahawa Khairuddin yang berada dalam tahanan polis dikatakan sakit secara tiba-tiba dan dikejarkan ke hospital. Dalam post tersebut jga turut disertakan #Solidarity4Khairuddin  Apapun, rasanya hanya pihak berkuasa boleh memberikan jawaban kepada berita yang tersebar ini.