Rabu, September 09, 2015

Siti Elizad Mahu Sgera Dapat Anak Kerana Umur Suami Yang Berusia?



Pelakon Siti Elizad berharap agar segera dikurniakan cahaya mata selepas berkahwin lapan bulan lalu memandangkan usianya yang semakin meningkat. Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Saifuddin, 31, berkata disebabkan suaminya Shamsul Baharin Rahman sudah berusia 43 tahun mereka sedang merancang untuk mendapatkan anak segera. "Suami saya sudah berusia, begitu juga dengan saya dan kami mahukan anak secepat mungkin. Tetapi semua itu bergantung pada rezeki Allah. "Suami saya pernah berkata kalau boleh, dapat seorang anak pun jadi. Sekurang-kurangnya anak itu dapat menjaga saya apabila tua nanti," katanya kepada mStar Online.