Jumaat, September 04, 2015

Sinopsis Telefilem Wan Embong


Sempena sambutan Hari Malaysia, syarikat penerbitan Zeel Production mempersembahkan sebuah telefilem hebat arahan Amie Maziah berjudul Wan Embong. Bakal ditayangkan di TV3, telefilem ini membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Faizal Hussein, Neelofa, Izreen Azminda, Vanida Imran, Johan As’ari dan Datuk Rahim Razali.


Telefilem ini menyaksikan kerjasama pertama Zeel Production dengan Johan dan Vanida malah lebih menarik Neelofa, Vanida dan Izreen bersatu sebagai isteri kepada Omar lakonan Faizal Hussein. Wan Embong berkisarkan kisah cinta terhalang dua insan sehingga diselimuti kebencian, fitnah dan pengkhianatan. Ketua Kampung Tuan Tunggal, Omar memiliki dua isteri iaitu Seri (Vanida) dan Chempaka (Izreen). Ketika mengutip cukai bulanan di rumah Wan Manap (Datuk Rahim Razali), hati Omar tersentuh. Omar memahami keadaan Wan Manap yang uzur dan tidak mampu bekerja. Omar jatuh hati dengan anak Wan Manap, Wang Embong. Jika gadis bertudung itu sudi menjadi isterinya, Wan Manap tidak lagi perlu membayar cukai bulanan. Kasihankan bapanya, Wan Embong terpaksa bersetuju menjadi isteri Omar namun meletakkan syarat dirinya tidak boleh disentuh lelaki itu. Isteri pertama Omar tidak suka Chempaka dan Wang Embong kerana menganggap mereka hanya mahukan harta suaminya. Berlainan dengan Chempaka, dia mudah mesra dan bersikap baik dengan Wan Embong. Namun segalanya berubah apabila Wan Embong diperkenalkan kepada Ali (Johan).