Selasa, September 29, 2015

Sinopsis Drama Hello, Mr Perfect!; Akasia TV3




Hello, Mr Perfect! yang memulakan siarannya pada jam 6.58 petang di TV3, esok.Membariskan pelakon popular Fattah Amin, Ruhainies dan Ezzaty Abdullah, drama 28 episod itu diadaptasi daripada novel nukilan Miss Waniey.Bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis, drama Hello, Mr Perfect! mengisahkan percintaan Izzul lakonan Fattah dengan Alya Adriana (Ruhainies). Alya pula hanya mahu berkahwin dengan lelaki itu semata-mata mahu melangsaikan hutangnya dengan Ah Long.

Adik lelaki Izzul, Arif mahu mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Ainul (lakonan Ezzaty), namun hasrat mereka tidak kesampaian kerana abangnya masih membujang.Izzul pula enggan berkahwin sekiranya bakal isterinya belum cukup sempurna di matanya.Disebabkan enggan hilang gadis yang dicintai, Arif berusaha mencarikan jodoh untuk Izzul. Keadaan menjadi lebih sukar apabila keluarga Ainul memberi Arif enam bulan menyelesaikan masalah itu.Semua calon isteri ditolak Izzul hanya kerana tidak memenuhi kriteria. Ketika Ariff mula buntu, muncul Alya, teman baik Ainul yang diburu Ah Long kerana hutang bapanya.

Ainul kemudian memberi cadangan kepada Alya menerima lamaran Izzul kerana akan menerima wang tunai RM500,000 sebagai ganjaran, namun perkara itu dirahsiakan daripada Arif.Sikap Izzul yang sinis dan terlalu mementingkan kesempurnaan membuatkan Alya kurang selesa bersama lelaki itu.Bagaimanapun, harapan Arif untuk melihat Izzul berkahwin dengan Alya mula berkecai apabila dia mendapat tahu niat sebenar wanita itu.Arif melarang Alya berjumpa dengan Izzul tanpa menyedari abangnya jatuh cinta dengan wanita itu.