Ahad, September 20, 2015

Shaheizy Sam Mahu Tembus Hollywood


Shaheizy Sam Abdul Samad ini merupakan salah seorang pelakon yang sukses dalam lapangan seni tanah air. Kredibiliti lakonannya tidak perlu dipertikaikan. Berilah apa sahaja watak kepadanya, dia akan melaksanakannya dengan berkesan. Jika tidak, mana mungkin gelaran Bintang Paling Popular berjaya diraih sebanyak tiga kali pada tahun 2010, 2012 dan 2014. Bagi anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu, dia tidak pernah menganggap kejayaan dan deretan anugerah yang dikecapi meletakkannya di zon selesa.



Kata Sam, di sebalik kejayaan yang diterima, dia memendam satu impian besar untuk mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.“Jujur saya katakan, saya sudah lama memasang impian untuk menjadi pelakon yang menjulang Jalur Gemilang di peringkat Hollywood.“Saya percaya, andai seorang anak seni berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa, sudah tentu rakan seperjuangan yang lain turut menerima tempias.“Buat masa ini, saya cuba sehabis baik dalam menjayakan setiap watak yang diberikan dan menerima watak yang bermutu bagi membuka mata orang luar terhadap industri perfileman tanah air,” ujar Sam