Selasa, September 08, 2015

Shaheizy Sam Berpantang Demi Badan



"Watak ini memang menuntut saya jaga pemakanan dan aktif ke gim. Setiap watak yang diberi, saya sukakan perubahan. Apabila diberi peranan sebagai inspektor polis, dalam fikiran saya aspek yang perlu diutamakan adalah penampilan. "Lihat sahaja bagaimana filem Hollywood mempamerkan bayangan inspektor polis mereka. Sebab itu saya nekad untuk berdiet. Saya tak ambil sebarang karbohidrat tapi lebih kepada protein dan serat. "Sebelum memulakan penggambaran pada September tahun lalu, lima bulan sebelumnya saya sudah mula berdiet dan bersenam di gimnasium. Hasilnya saya berpuas hati. "Malah selepas habis penggambaran pun saya meneruskan rutin yang sama. Badan ringan dan memudahkan kita untuk mengenakan apa sahaja pakaian diingini," katanya sambil memberitahu bahawa filem Polis Evo adalah filem pertama tahun ini diikuti filem Rembat pada Oktober depan. - BH