Selasa, September 08, 2015

Shah Iskandar Tayang Wajah Kekasih



Aktor kelahiran Singapura, Shah Iskandar berkongsi beberapa keping gambar bersama kekasihnya di akaun Instagram miliknya. Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 33, dilihat semakin kerap memuat naik gambar kekasihnya dan semakin terbuka berbanding sebelum ini. Gadis yang dikenali menerusi akaun Imsarahnorris itu turut kerap memuat naik gambar bersama serta kapsyen yang kuat mengatakan mereka kini sedang dalam fasa bercinta. Jejaka tinggi lampai ini pernah dikaitkan dengan ramai artis wanita seperti Rozita Che Wan, Diana Nasir dan Fida Ibrahim. Rata-rata peminat mendoakan yang terbaik buat pasangan ini kerana mereka dilihat begitu secocok bersama. - BH