Khamis, September 17, 2015

Sesiapa Yang Amalkan Sikap Perkauman Boleh Keluar Dari Johor, Titah Sultan Ibrahim



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menitahkan kepada sesiapa yang mengamalkan sikap perkauman boleh meninggalkan Johor.Baginda melalui laman Facebook rasminya mengingatkan mereka yang membenci dan mengamalkan perkauman tidak pernah diterima di Johor Darul Ta’zim dan tidak mungkin sama sekali Baginda menerima mereka.Mereka yang mengamal sikap ini, dinasihatkan supaya keluar dari Johor Darul Ta’zim serta-merta, kerana Johor adalah rumah kepada Bangsa Johor yang terdiri dari Orang Melayu, kaum Cina dan kaum India. Ini adalah satu perintah, jangan amalkan sikap perkauman dan membenci, atau lebih baik tinggalkan Johor.


“Saya telah bertungkus-lumus untuk kepentingan Bangsa Johor dan Negeri Johor, untuk memastikan semua hidup dalam harmoni dan Johor semakin maju. Nenek moyang saya, kerajaan negeri, Bangsa Johor dan saya telah berkerja keras untuk menyatu rakyat Johor dan membawa pelabur asing untuk memajukan negeri Johor," kata baginda.

Sultan Ibrahim pada masa yang sama memberi amaran kepada mereka yang cuba menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mengamal sikap perkauman akan berhadapan dengan tindakan tegas.Sebagai Sultan, baginda menegaskan bahawa amanah yang dipikulnya hanyalah kepada rakyat dan negeri Johor sahaja di mana tegas baginda rakyat johor merupakan keutamaan baginya.Baginda sekali lagi menegaskan jika perkara membenci, menghasut dan isu perkauman diamalkan di Johor mereka perlu berhadapan dengan baginda terlebih dahulu.

“Ini bukan zaman batu, Orang Melayu, kaum Cina dan India, semua telah memainkan peranan masing-masing. Johor adalah rumah kepada semua Bangsa Johor.“Kepada pihak berkuasa, berkas mereka yang menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mempromosikan perkauman. Jangan pilih kasih, cari jalan penyelesaianya ke akar umbi,” - Siakapkeli