Ahad, September 13, 2015

Seorang Jemaah Haji Malaysia Dikenal Pasti Korban Tragedi Kren Tumbang Di Masjidilharam



Tragedi kren runtuh yang mengorbankan sekurang-kurangnya 107 jemaah berlaku di Masjidilharam, Mekah, petang Jumaat. Terbaru seorang jemaah haji Malaysia telah dikenalpasti terkorban di Mekah iaitu Allahyarhamah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak. Sidang media tergempar Tabung Haji mengenai insiden kren tumbang di Masjidilharam, Mekah telah diadakan di Kelana Jaya sebentar tadi. Jenazah pertama jemaah haji Malaysia telah dikenalpasti iaitu Allahyarhamah Rusiah Suar, 56 tahun dari Sungkai Perak. - Awani