Rabu, September 09, 2015

Sengketa Terlerai; Emma Maembong, Ezuwan Ismail Berdamai!



Persengketaan pereka fesyen Ezuwan Ismail dengan pelakon Emma Maembong sejak tahun lalu akhirnya terlerai apabila wanita itu tampil memohon maaf. Ezuwan berkata, Emma ada bertemu dengannya secara peribadi ketika penggambaran sebuah drama yang dilakukan di butik pakaiannya, dekat sini, minggu lalu. "Alhamdulillah kami sudah berdamai, dia (Emma) ada datang bertemu saya di pejabat butik saya ketika dia sedang menjalani penggambaran drama yang menjadikan premis saya sebagai lokasinya. "Dia juga tidak mahu terus bermusuh dan meminta saya untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku antara saya dengan adiknya Chacha Maembong berkaitan insiden baju rekaan saya yang tidak dipakai adiknya itu," katanya kepada mStar Online.