Khamis, September 17, 2015

Selar Che Ta Berikan Komen Tak Berasas; Edry Alu-Alukan Rozita Tinggalkan AF 2015



Pengetua Akademi Fantasia 2015 (AF 2015) iaitu Edry Abdul Halim mengalu-alukan Rozita Che Wan untuk menarik diri sebagai pengkritik tetap rancangan itu kerana tugas berkenaan tidak layak untuk digalas pelakon tersebut. Edry berkata, sepanjang Rozita atau Che Ta menjadi pengkritik AF 2015, aktres berkenaan memberikan komen-komen yang tidak berasas terhadap peserta-peserta program itu. "Saya terima keputusan dia menarik diri menjadi juri AF 2015 kerana ia adalah untuk kebaikannya juga. Saya lihat ia keputusan yang wajar. "Lebih-lebih lagi dia sering dikutuk peminat-peminat AF 2015 kerana memberi komen yang tidak berasas dan saya setuju tentang hal itu," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.