Sabtu, September 12, 2015

Selain 10 Jemaah Cedera; 6 Jemaah Haji Malaysia Hilang Selepas Tragedi Kren Tumbang Di Masjidil Haram



Enam jemaah rakyat Malaysia hilang selepas tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah petang Jumaat apabila pasukan petugas Tabung Haji (TH) gagal mengesan mereka sehingga awal pagi Sabtu. Selain enam yang hilang itu, seramai 10 lagi jemaah Malaysia disahkan cedera akibat kemalangan itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, setakat pukul 4 pagi waktu Arab Saudi, pemeriksaan  mendapati jemaah yang terdiri daripada dua lelaki dan empat wanita itu tiada di bilik penginapan masing-masing. Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan jemaah terlibat menghabiskan masa yang lama beriktikaf di Masjidil Haram dan lewat pulang ke bilik mereka. "Identiti jemaah yang hilang sudah dikenal pasti dan buat masa ini, usaha mencari masih diteruskan dengan kerjasama muasasah Asia Tenggara. "Belum ada maklumat terkini yang diterima melibatkan enam jemaah Malaysia ini dan sehingga itu, operasi mencari akan dijalankan sehingga mereka ditemui," katanya pada sidang media tergempar susulan trageti itu. - mstar