Isnin, September 21, 2015

Saif Ali Khan Hanya Mahu Anak Jika Kareena Kapoor Bersedia Jadi Ibu



Genap tiga tahun usia perkahwinan bagi pasangan selebriti, Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor. Begitu pun, pasangan sama cantik sama padan ini mengakui masih belum bersedia untuk mempunyai anak."Saya tidak mahu terburu-buru menjadi ayah. Ia hanya akan terjadi apabila Kareena sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu," kata Saif.Kata Saif, buat masa ini, Kareena masih belum bersedia menjadi seorang ibu lantaran sibuk membina kariernya."Sebagai seorang suami, saya sangat menyokong dengan setiap keputusan yang dilakukannya."Dia sangat bekerja keras untuk terus kekal sukses dan saya sangat senang melihatnya," katanya. Ini adalah perkahwinan kedua Saif selepas berpisah dengan Amrita Singh. Hasil perkahwinan terdahulu, Saif sudah pun memiliki sepasang anak, Sara dan Ibrahim.

1 Komentar:

Write Komentar
21/9/15 4:54 PTG delete

sebabkannn, dia dah ada anak hasil dari perkahwinan pertama jadi dia tak kisah sangat pasal anak...uhukss..pandang pendapat akak lah...

Reply
avatar