Khamis, September 03, 2015

Safwan Kagumi David Gandy


Safwan, 21, berada dalam MFW adalah merupakan impian semua model kerana ia adalah acara paling berprestij berbanding kota-kota lain selain menjadi tumpuan berkumpul ribuan pengamal fesyen antarabangsa.Safwan tidak menyangka hari dia menemani rakan karibnya untuk uji bakat KLFW telah mengubah landskap dirinya untuk melangkah lebih lebar dalam industri itu.Mengagumi model kempen Dolce & Gabbana, David Gandy yang beraksi lincah di hadapan lensa kamera dan menjadi penghias wajah majalah-majalah fesyen antarabangsa, Safwan ingin meletakkan dirinya setanding dengan jejaka itu.“Saya juga meminati Francisco Lachowski disebabkan wajah komersial lelaki Brazil itu yang merupakan salah seorang model di MFW. 


Apabila berada di pentas runway, dia akan tampil dengan gaya tersendiri dan memberi satu pembawakan luar biasa.“Bagi model studio untuk sesi penggambaran, saya lebih memilih karakter yang dibawa oleh David Beckham. Ini kerana bintang sukan itu berjaya memberi ekspresi komersial bagi sesebuah kempen dan ia memberi maksud mengikut dengan kehendak klien,” ujarnya.Walaupun baru dua tahun terbabit secara serius dalam bidang modeling, kecemerlangan Safwan dapat dilihat apabila sering dipelawa untuk memperagakan jenama-jenama antarabangsa termasuk Hackett London, Guess dan Levi’s.Pendedahan itu sekali gus membentuk satu keperibadian dan menyuntik motivasi pada dirinya untuk terus memberi fokus dan komitmen dalam bidang ini. Kekangan masa disebabkan pembahagian dengan waktu kuliah juga membataskan penerimaan oleh pelajar jurusan elektrikal ini. - Kosmo!