Ahad, September 13, 2015

Resepi Air Detox Nanas dan Anggur Merah



Resepi Air Detox Nanas dan Anggur Merah

Rasanya yang manis ( tetapi tidak terlalu manis ) adalah sangat menyegarkan , terutama apabila anda minum sejuk . Pada yang tak suka minum air kosong boleh cuba resepi ini.

Bahan-bahan:
Air kosong / Air Mineral,
Buah anggur merah - dibelah dua
2-3 keping nanas yang telah dihiris

Nota: boleh gunakan seberapa banyak buah anggur yang anda suka terpulang pada citarasa masing-masing.

Cara penyediaan:

Satukan kesemua buahan didalam balang / jag air. Kemudian tuangkan air kosong. Simpan di dalam peti sejuk dalam 3-4 jam sebelum dihidangkan.Hidangkan sejuk. Jika tidak suka sejuk boleh dibiarkan diluar selama 3-4 jam. Kelebihan buah anggur masih enak walaupun sudah digunakan jadi selepas selesai minum anda boleh nikmati buah anggur tadi.