Sabtu, September 12, 2015

Resepi Air Detox Apple Dan Kulit Kayu Manis



Resepi air detox Apple dan kulit kayu manis

Buat dalam 2 liter air, dan boleh re-fill 3 atau 4 kali sebelum menukar hirisan buah apple dan kulit kayu manis yang baru.

Bahan-bahan:

Sebiji buah apple dipotong nipis, tak kisah jenis apple yang anda gemari. 1 batang kayu manis

Cara Membuatnya:

Masukkan buah apple yang telah dihiris kedalam balang. Masukkan air kosong, kemudian masukkan sebatang kayu manis, dan jika suka boleh letak beberapa kiub ais kedalam air tersebut. Biarkan sekurang-kurangnya satu jam dan bolehlah terus diminum atau boleh juga letak didalam peti sejuk jika suka. Boleh tambah kulit kayu manis jika suka rasa yang lebih kuat. Kebaikan air detoks ini: Meningkatkan tahap metabolisma dalam badan.