Rabu, September 02, 2015

Rakyat Johor Dapat Wifi Percuma Bermula Januari



Rakyat Johor bakal menikmati perkhidmatan wifi percuma di beberapa lokasi di negeri ini mulai Januari tahun depan. Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan negeri  memperuntukkan sebanyak RM12.9 juta bagi menyediakan 135 hotspot wifi percuma yang akan dipasang secara berperingkat. Katanya projek WiFi Percuma Johor merupakan hasil kajian Pelan Suara Hati Johor yang dijalankan pada 2013. Beliau berkata hasil kajian itu menunjukkan sebanyak 20.36 peratus responden berkehendakkan kemudahan telekomunikasi dipertingkat. - Awani