Sabtu, September 05, 2015

Raja Farah Nikah Esok; Bekas Suami Doakan Terbaik...



Bekas suami Raja Farah iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria mendoakan kebahagian wanita itu yang bakal berkahwin buat kali kedua pada Ahad ini. Megat, 30, berkata, Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, layak untuk mendapat kebahagian serta memilih jalan yang dirasakan terbaik buatnya. "Saya mendoakan yang terbaik untuk bekas isteri saya, semoga mereka sentiasa berada di dalam rahmat Allah dan berbahagia hingga hujung nyawa. "Kami masing-masing layak untuk mendapat kebahagian dan pilih jalan kami sendiri," ujarnya kepada mStar Online menerusi mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini, Jumaat.