Rabu, September 02, 2015

Qi Razali Nafi Putus Cinta Dengan Nelydia Senrose



Status hubungan pelakon Qi Razali dan kekasihnya Nelydia Senrose yang dikatakan putus adalah tidak benar apabila pemuda itu mengesahkan percintaan mereka masih baik.Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali, 38, berkata, status luahan rasa sedih mereka yang dimuat naik di laman sosial masing-masing tiada kena mengena sama ada hubungan mereka sudah putus ataupun sebaliknya."Hahaha... jujurnya kami okey saja. Status di Twitter itu hanyalah kata-kata biasa sahaja. Tiada kaitan dengan hubungan kami."Saya harap twit tersebut tidak dispekulasikan," katanya kepada mStar Online melalui mesej WhatsApp pada Selasa.