Isnin, September 14, 2015

Pulau Pinang Minta Tutup Sekolah Jika IPU Catat 140



Pulau Pinang akan meminta sekolah di negeri ini ditutup sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 140. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata, kerajaan negeri sentiasa bekerjasama rapat dengan kementerian berkaitan bagi memantau keadaan jerebu. "Kami (kerajaan negeri) sentiasa menghubungi kementerian bagi memantau keadaan jerebu di Pulau Pinang. Kami sentiasa menghubungi kementerian untuk apa-apa tindakan terkini bersama," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Keadaan berjerebu yang dikesan di beberapa kawasan di Pulau Pinang hari ini bertambah teruk dengan kualiti udara berada pada tahap tidak sihat. - Bernama