Selasa, September 29, 2015

'Polis Evo' Kutip RM8 Juta Selepas 11 Hari Ditayangkan



Filem aksi, Polis Evo berjaya mengutip RM8 juta selepas 11 hari penayangannya sekali gus membuktikan industri perfileman tempatan masih mempunyai pengaruh. Kutipan itu melibatkan 101 buah pawagam seluruh negara termasuk Brunei selepas ditayangkan pada 17 September lalu. Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, berkata,  kutipan memberangsangkan itu turut didorong reaksi positif peminat selain langkah promosi yang giat dijalankan terhadap karya itu. “Kami tidak  menyangka dalam kesuraman industri perfileman tempatan ketika ini, peminat masih memberi  kepercayaan kepada Polis Evo untuk menduduki tempat teratas dalam carta filem Melayu terlaris untuk tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online di sini pada Isnin.

1 Komentar:

Write Komentar
Tanpa Nama
AUTHOR
30/9/15 6:12 PTG delete

boleh belanja aku tengok cerita ni la muz...

Reply
avatar