Selasa, September 01, 2015

PLUS Tutup R&R Tapah 4 Bulan Mulai Khamis; 5 Lagi R&R Ditutup Berjadual Bagi Penyelengaraan



Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah di kedua-dua arah di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) akan ditutup selama empat bulan mulai Khamis ini kerja-kerja menaik taraf. Projek Lebuh Raya Usahasama Berhad dalam satu kenyataan berkata, penutupannya bermula 3 September hingga 2 Januari tahun depan bagi menaik taraf gerai makan dan minuman serta medan selera sedia ada. Bagaimanapun restoran, tandas awam, gerai buah-buahan, surau, kawasan meletak kenderaan serta stesen minyak masih dibuka seperti biasa. PLUS turut memaklumkan penutupan sementara beberapa kawasan R&R bagi kerja-kerja penyelenggaraan. Kawasan R&R yang akan ditutup esok ialah R&R Machap arah utara, R&R Macahap arah selatan dan R&R Dengkil arah selatan pada Selasa, R&R Pagoh arah selatan dan R&R dengkil arah utara pada Rabu minggu hadapan. Stesen minyak bagi semua R&R yang ditutup itu masih beroperasi seperti biasa. - Kosmo!