Selasa, September 01, 2015

Penyanyi Asfan Mengaku Ditumbuk Pelakon Bil Azali Di KLIA



Penyanyi Asfan telah mengesahkan dipukul pelakon Bil Azali ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu lalu. Kejadian tersebut berlaku ketika Asfan atau nama sebenarnya Norasfan Shah Shah Rudin, 31, sedang menunggu isterinya yang juga kakak kepada Bil dan anak-anaknya pulang bercuti dari Perancis di balai ketibaan di lapangan terbang berkenaan. "Benar, saya dipukul ketika menunggu isteri di balai ketibaan KLIA. "Bagaimanapun saya tidak boleh mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu kerana ia terlalu peribadi untuk saya kongsikan," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.