Jumaat, September 18, 2015

Nazim Othman Lebih Hargai Kehidupan



Melalui episod getir, aktor Nazim Othman menyifatkan peluang kedua yang diberikan ALLAH SWT sebagai nikmat terbesar dalam hidupnya.Hikmahnya, tunjang utama drama bersiri Astana Cinta Aneesa itu kini lebih menghargai kehidupan dan orang sekeliling."Apabila disahkan mengalami ketumbuhan di bahagian otak, pada saya, ia adalah ujian terberat yang perlu saya hadapi."Bahkan, kerana itu juga ia membuatkan saya sedar tentang banyak perkara."Tidak seperti dulu, saya kini lebih tenang dan reda dalam meniti kehidupan di hari-hari mendatang," katanya kepada Zass ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk Himalaya, baru-baru ini.