Isnin, September 14, 2015

Nana Mahzan Bangga Jadi Peserta Pertama Tersingkir Super Spontan All Stars



Anggota kumpulan Kungfu Kipidap, Nana Mahzan menjadi mangsa pertama penyingkiran Super Spontan All Stars selepas kumpulannya tewas malam tadi.Beraksi di minggu ketiga, kumpulan Kungfu Kipidap yang diketuai Johan tewas dari segi undian SMS kepada Silat Dongibab yang diketuai Zizan Razak.Meskipun menjadi peserta pertama tersingkir, Nana yang juga pengacara Diari #AF2015 memberitahu dia merasa bangga dengan percapaiannya itu yang dapat bertahan hingga minggu ketiga.Katanya, berada dalam Super Spontan All Stars membolehkannya mencabar diri melakukan sesuatu yang tidak biasa dilakukannya sebelum ini iaitu melawak bersama pelawak-pelawak handalan lain.Justeru, dia bangga kerana merasakan dirinya sudah melakukan yang terbaik untuk menghiburkan penonton walaupun pada asalnya dia tahu dirinya tidak akan bertahan lama dalam Super Spontan All Stars ini. - Awani 

1 Komentar:

Write Komentar
Normi Nieza
AUTHOR
14/9/15 9:34 PG delete

xtgk minggu lps..:)

Reply
avatar