Rabu, September 30, 2015

Nabil Bersyukur Jadi Tetamu Allah Ketika Usia Muda



Menjadi tetamu Allah menunaikan ibadah haji tahun ini anugerah terindah dalam hidup pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad, 32. Rezeki menjejakkan kaki ke ke tanah suci Makkah tidak dipersia-siakan. Apatah lagi, ia menjadi idaman semua umat Islam.“Tiada kata-kata dapat menggambarkan perasaan saya ketika ini. Terlalu banyak nikmat dan hikmah diberikan Allah SWT.“Saya bersyukur kerana dapat mengerjakan haji pada usia muda. Terima kasih kepada sahabat saya kerana sudi bawa saya dan 20 jemaah lain. Semoga dia dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,” katanya kepada Harian Metro.