Sabtu, September 26, 2015

Meniti Ulang Tahun Perkahwinan Ke-4; Memey Suhaiza Dan Norman Hakim Belum Puas Bercinta!


Tahun 2008 hingga 2010 mungkin memalitkan kenangan pahit dalam memori percintaan Norman dan Memey sebelum sah diijabkabulkan.Banyak dugaan dan ranjau yang ditempuh, bermula dengan kes khalwat, perbalahan dengan janda Norman iatu Abby Abadi, sebelum suasana kembali reda saat mereka bernikah pada 2011.Pejam celik-pejam celik, menjelang 24 September lalu, sudah empat tahun pasangan romantis itu menyulam kasih sebagai suami isteri dan dikurniakan dua zuriat yang comel.Malahan, silaturahim dengan Abby juga semakin bertaut mesra lantaran anak-anak menjadi pengikat keharmonian antara mereka.


Cahaya romantis jelas terpancar di antara Memey dan Norman seolah-olah mereka masih dalam fasa bulan madu dan bukannya sudah beranak-pinak.Panggilan-panggilan manja seperti ‘sayang’ dan ‘love’ tidak lekang dari bibir, malah usik mengusik sentiasa mengiringi langkah mereka berdua.Kata Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, pasangan yang sudah berkahwin perlu mengubah persepsi, sifat romantik antara pasangan tidak harus lenyap sebaik bernikah.“Saya rasa kami berdua tidak pernah berhenti bercinta, sebab setiap hari, pasti ada benda baharu yang saya pelajari tentang suami dan begitulah sebaliknya.“Seboleh-bolehnya saya cuba mengelak daripada menjadi pasangan yang hanya romantis sebelum kahwin tetapi apabila sudah sah hubungan, kemesraan tiba-tiba pudar. Bagaimana hendak berkeluarga jika begitu,” katanya yang tidak pernah menyesal walaupun berkahwin seawal usia 23 tahun.