Isnin, September 28, 2015

Memey Suhaiza Tahu Cara 'Sejukkan' Norman Hakim



Mendasari hati lelaki yang belum bersisa ketampanannya, Norman Hakim pula tidak putus-putus mengucapkan syukur kerana dikurniakan seorang isteri seperti Memey yang cukup menyenangkan hati dan melengkapi hidupnya. Mereka berdua jarang bertikam lidah atau berselisih faham sepanjang empat tahun hidup bersama. Prinsip sentiasa mengambil berat dan kualiti dalam komunikasi antara sama lain menjadi antara formula keharmonian mereka. Selain itu, pemilik nama Mohamed Nurhakim Zaidon, 39, sangat berterima kasih kepada kehalusan didikan ibu bapa mentuanya. Ketinggian budi yang ditanam sejak kecil terpancar dalam setiap tingkah Memey hari ini. “Bukan saya hendak memuji isteri sendiri, tetapi Memey bukan seorang wanita yang sukar untuk dijaga dan disayangi. Dia jarang merajuk dan tahu bagaimana hendak menyejukkan hati apabila saya dalam keadaan marah.