Rabu, September 09, 2015

Maria Tunku Sabri Pekakkan Telinga Kritikan Tak Sedar Diri Pakai Gaun Elsa!



Kritikan yang dilemparkan terhadap pengacara Maria Tunku Sabri gara-gara dia memakai gaun watak Elsa menerusi filem animasi Frozen ketika mengacara program Jom Singgah  baru-baru ini tidak memberikan kesan terhadapnya. Maria, 45, berkata, walaupun dikutuk hebat di laman sosial, namun dia mengambil perkara itu secara positif dan menerima komen-komen yang diberi dengan fikiran terbuka. "Saya dan Ifa Raziah hanya mengikut kata produksi memakai kostum tersebut kerana mengikut tema Frozen. Saya baca semua komen-komen di internet.  "Ada yang memuji, ada yang kutuk kata saya tak sedar diri. Awal-awal itu, terasa juga membaca komen-komen orang di internet tetapi perasaan itu bersifat sementara sahaja.  "Jadi saya mengambil pendekatan untuk berfikir secara positif dan menerima kritikan itu untuk memperbaiki diri pada masa akan datang," katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa.