Khamis, September 10, 2015

Linda Rafar Trauma, Demam Teruk Tak Dapat Hadir Mahkamah



Pelakon, Linda Rafar, 37, dikatakan demam teruk kerana trauma menyebabkan bekas anggota kumpulan Elite itu tidak dapat hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor semalam bagi mengesahkan lafaz cerai oleh suaminya, Syed Aiman Syed Mamod, 40. Menurut kakaknya, Anita Rafar, pelakon yang pernah membintangi filem Awas itu demam dan muntah-muntah kerana masih sedih serta terkejut selepas Syed Aiman, juga seorang pelakon, melafazkan cerai di kediaman mereka di Shah Alam dengan disaksikan ibu dan anak-anaknya sekitar pukul 7 pagi kelmarin. “Linda demam teruk dan muntah-muntah. Disebabkan itu, dia tidak dapat hadir ke mahkamah,” ujar Anita kepada Kosmo!