Jumaat, September 18, 2015

Lelaki Tampar Imam Masjid Negara Kuala Lumpur Ketika Solat Jumaat Bikin Gempar Makmum!



Rasanya, hari ini dalam sejarah apabila imam Masjid Negara, Kuala Lumpur kena tampar ketika mengimamkan solat Jumaat. Takpernah terjadi rasanya sebelum ini. Kejadian berlaku, ketika rakaat pertama pada saat Al-Fatihah sedang dibacakan, seorang lelaki Arab meluru ke hadapan, menghimpit imam, kemudian berdiri di atas sejadah bertentangan dengan imam, sebelum menampar imam! Mahunya tak terkejut dibuatnya. Ekoran itu, urusan solat terpaksa ditangguhkan, manakala orang ramai pula menunjukkan rasa tidak puas hati. Untuk makluman lelaki Arab itu sudahpun dibawa pegawai polis bagi tujuan siasatan. Bagaimanapun, kemaskini terkini mengatakan lelaki tersebut merupakan warganegara India dan mengalami masalah mental!