Khamis, September 17, 2015

Kepala Kanak-Kanak 2 Tahun Tersepit Pintu Automatik



Seorang kanak-kanak yang berusia dua tahun di China nyaris maut apabila kepalanya tersepit pada pintu automatik sebuah restoran tempatan, lapor media tempatan.Kanak-kanak itu dilaporkan bermain berhampiran pintu kaca itu apabila seorang pelanggan membuka dan menutupnya tanpa menyedari budak itu kebetulan menjulurkan kepalanya ketika itu.Ibu bapa mangsa yang makan di dalam restoran berkenaan di Nanning, ibu negeri wilayah Jiangsu di timur China, bergegas untuk membantu selepas mendengar tangisan anak mereka.Bagaimanapun, mereka pula gagal membuka pintu automatik itu yang memang ketat dan sukar dibuka apabila ditutup sebelum pihak bomba terpaksa dipanggil.Dengan menggunakan alat khas untuk meluaskan jurang pintu itu, kanak-kanak berkenaan berjaya dilepaskan dan mangsa dihantar ke sebuah hospital berhampiran dengan serta-merta.Media tempatan melaporkan, pihak hospital mengesahkan kanak-kanak itu selamat. - Mynewshub