Ahad, September 27, 2015

Kenapa Keith Foo Takut?


Filem pertama lakonan Keith Foo di Malaysia berjudul Girlfriend Kontrak sudah mula ditayangkan bermula hari ini. Risau menantikan sambutan penonton tetapi dalam masa yang sama ada keyakinan dalam diri Keith bahawa filem ini boleh pergi jauh.“Saya harap peminat dapat terima filem ini kerana ia adalah satu fenomena baru dan bukan filem cinta biasa. Banyak elemen kejutan daripada barisan pelakon dan boleh buat penonton pecah perut.


“Ada juga rasa risau, namun perasaan itu akan membuatkan saya sedar tentang sambutan filem ini. Bagaimanapun, saya yakin ia boleh pergi jauh selepas melihat lakonan berkesan daripada semua pelakon.“Saya sangat mengalu-alukan komen negatif daripada penonton. Ia adalah perkara bagus untuk diri saya sendiri agar dapat memperbaiki mutu lakonan di masa akan datang,” ujar Keith ketika dihubungi Mangga Online.