Khamis, September 24, 2015

Keith Foo Anggap Membazir Buat Majlis Resepsi Mewah


Kalau selebriti Melayu yang kahwin, bukan main lagi majlisnya. Hebat. Ada yang sampai berjuta-juta. Bukan setakat, majlis akad nikah yang mewah, resepsi mengalahkan anak raja. Ada pula tu, percutian bulan madu yang serba mewah pun nak dicanang dekat satu dunia. Bila orang kata sponsor, melenting pula. Tetapi, kalu dah mampu tu biarlah. Lain pula dengan aktor Keith Foo yang sudahpun berkahwin dengan tunangannya Kim. 


Pelakon Keith Foo merancang untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinannya dengan model Kim Raymond, 29,  pada awal tahun depan.Keith, 32, berkata, majlis tersebut hanya akan diadakan secara sederhana bagi meraikan keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, rakan-rakan dan media."Pada mulanya kami ingin buat majlis tersebut pada tahun ini, namun kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja hingga sudah masuk ke hujung tahun, jadi lebih baik kami buat awal tahun depan sahaja."Majlis tersebut akan dibuat sederhana sahaja, saya rasa tidak perlu untuk membazir dengan mengadakan majlis mewah. Duit tersebut boleh simpan untuk masa depan daripada membazir," ujarnya kepada mStar Online.
Bagus perancangan Keith ni kan. Tambah pula keadaan ekonomi sekarang ni yang tak berapa nak stabil. Apapun, tahniah diucapkan kepada Keith atas perkahwinannya itu. Nampak semakin membulat, bahagia sangatlah tu. Jangan bulat sangat, nanti produser tak nak ambik jadi hero pula! Hahaha... 

1 Komentar:

Write Komentar
24/9/15 1:24 PTG delete

setuju dgn beliau :D

apapun selamat menyambut hari raya aidiladha

Reply
avatar