Rabu, September 02, 2015

Katrina Kaif Bosan Soalan Bila Tarikh Kahwin Bersama Ranbir Kapoor



Barangkali Katrina Kaif sudah bosan dan tiada apa lagi alasan yang boleh diberikan apabila dia sering diasak soalan bila akan berkahwin dengan kekasihnya, Ranbir Kapoor. Terkini, aktres kelahiran British itu beritahu pada media di India dia akan berkahwin selepas dia berjaya mendapat anugerah Pelakon Terbaik pada Anugerah Kebangsaan. Katrina berkata demikian ketika dia menghadiri sesi promosi filem terbaru lakonannya, Phantom yang turut dilakonkan Saif Ali Khan. Filem itu sudah pun dilancarkan di India dan mendapat sambutan memberangsangkan. Sebelum itu, merpati dua sejoli itu dikatakan sudah bertunang tetapi kemudian mereka, berdua menafikan, apa pun jua mereka masih bahagia bersama-sama dan baru saja balik bercuti dari luar negara. - HM