Isnin, September 21, 2015

"Kami Sangat Mencintai..." Puteri Sarah Jawab Tuduhan Rumah Tangga Dengan Syamsul Yusof Bergolak


Tak ada angin ribut, tiba-tiba boleh pula tersebar khabar rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah bergolak. Mestilah pemerhati dunia seni terkejut. Mana tidaknya belum lagi reda kisah kehancuran rumah tangga Linda Rafar dan Syed Aiman lerai sepenuhnya timbul pula satu lagi isi rumah tangga pasangan selebriti. Kalau nak tahu lebih lanjut, ini merupakan penjelasan Puteri Sarah kepada Berita Harian.


“Mana dengar cerita ini. Rumah tangga kami bahagia saja, ..kami sangat mencintai antara satu sama lain. Mungkin disebabkan kami jarang menghadiri mana-mana majlis berdua menyebabkan ramai yang menyangka rumah tangga kami bergolak,” jelas Sarah kepada BH Online.