Khamis, September 10, 2015

Kajol Sibuk Bersama Shahrukh Khan; Ajay Devgan Ambil Alih Tugas Jaga Anak!



Jun lalu, aktres Kajol sudah mula sibuk dengan projek filem Dilwale. Bukan setakat berlakon di India, filem yang turut dibintangi aktor Datuk Shah Rukh Khan juga menjalani penggambaran di Bulgaria dan Islandia. Menurut laporan portal Pink Villa, perkara itu membuatkan suami aktres berkenaan iaitu pelakon Ajay Devgan mengambil tugasnya sebagai suri rumah tangga menguruskan hal anak-anak. Ajay memastikan anak-anaknya ke sekolah, selain menguruskan kerja-kerja sekolah di rumah sambil menyiapkan projek filem baharu yang bakal diterbitkan. "Ajay sibuk dengan projek filem Shivaay dan tidak lama lagi penggambaran filem itu akan dijalankan. "Memandangkan Kajol sedang sibuk dengan penggambaran filem, maka Ajay perlu perlahankan kerja-kerja pra produksi filem Shivaay kerana perlu menguruskan anak-anak di rumah," kata sumber. Kajol kini sedang berada di Islandia selama 12 hari bersama Shah Rukh untuk menjalani penggambaran klip lagu yang akan dipaparkan dalam filem Dilwale.