Ahad, September 27, 2015

Jerebu; "Tak Perlu Mohon Maaf!" - Naib Presiden Indonesia




Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla berkata, Indonesia tidak perlu memohon maaf atas kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan sehingga menyebabkan jerebu di beberapa negara jirannya.Dalam kenyataan itu, Jusuf berkata apa yang perlu dilakukan oleh Indonesia adalah mengatasi masalah itu supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi.

"Berapa lama mereka (negara jiran) nikmati udara segar daripada kawasan hijau dan hutan-hutan kita semasa ia tidak terbakar? Berbulan-bulan. Adakah mereka berterima kasih?Tetapi, semasa terjadinya kebakaran hutan paling lama sebulan, asap-asap itu cemari wilayah mereka. Jadi, mengapa mesti meminta maaf," katanya memetik laporan MalaysiaKini.

Tambah Jusuf, salah satu punca kebakaran hutan adalah permintaan dari beberapa syarikat milik negara-negara jiran yang turut mengalami jerebu.Katanya, syarikat dari negara tersebut menebang dan membakar hutan bagi mengosongkan tanah untuk tujuan perladangan dan perniagaan.