Selasa, September 01, 2015

Jejai Nak Tambah Anak; Fasha Belum Bersedia...



Kehadiran dua cahaya mata di dalam kehidupannya kini sememangnya memberi sinar yang cukup bahagia kepada Fasha Sandha, namun dalam masa yang sama, sebenarnya sang suami mahu menambah anak lagi. “Sebenarnya suami memang mahu menambah anak lagi tapi saya sahaja yang belum bersedia. Kalau boleh saya mahu menjarakkan sedikit memandangkan usia mereka rapat. Tapi semua saya serahkan kepada Allah. Jika ada rezeki mempunyai anak lagi (waktu terdekat) saya terima” “Kalau lambat pun tak kisah memandangkan saya sudah memiliki anak,” jelas Fasha kepada Utusan Malaysia sambil memberitahu dia tetap mengutamakan kepentingan keluarga berbanding perkara lain apatah lagi anak keduanya masih lagi menyusu badan.