Khamis, September 10, 2015

Jangan Cari Populariti Dengan Jatuhkan Maruah Diri; Ustaz Tegur Tasha Shilla Pakai Seksi!


Tasha Shilla cetuskan kontroversi lagi dengan berpakaian ala tak cukup kain mengalahkan pengemis tepi jalan, dengan menampakkan perut, pusat, paha dan belakang badannya. Hanya, netizen, bloggers, wartawan yang highlight perkara ini. Jabatan Agama Islam yang sebelum ni kecoh sampai tahap nak tangkap remaja yang berpelukan dengan penyanyi Korea sedikit masa dahulu, tak ada nampak batang hidung dalam menegur atau mengambil tindakan sewajarnya bagi artis Melayu beragama Islam yang sepertinya sengaja menghina agama Islam itu! Mujur, tampil seorang ustaz menegur Tasha Shilla secara terbuka. Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, umat Islam perlu mengikut garis panduan pemakaian mengikut Islam.


"Dalam etika berpakaian dengan sepupu sepapat pun kita ada dress code yang perlu dipatuhi (dalam Islam), apatah lagi dia merupakan seorang public figure yang orang ramai boleh melihat imejnya. "Kalau dia berpakaian sedemikian, dia saling berkongsi dosa, orang yang lihat dia pun jadi berdosa melihatnya. Jangan cari populariti yang jatuhkan imej dan maruah diri. Kemuliaan sesuatu jiwa itu bergantung kepada macam mana kita membawa diri. "Cadangan saya, pihak jabatan agama buat kerjasama dengan persatuan-persatuan yang memayungi anak-anak seni ini seperti FDAM dan Seniman, beri peringatan kepada selebriti supaya menjaga imej dan totally menolak artis yang macam itu (imej terlampau seksi). Ini kerana masyarakat kita gemar meniru, jadikan artis sebagai role model mereka. "Kita jangan ikut Jennifer Lopez ke apa, tu memang dah budaya dia. Seharusnya kita harus lebih mengangkat budaya dan adat orang Timur, lebih-lebih lagi buat selebriti kerana mereka merupakan public figure," tegurnya. - Siakapkeli