Rabu, September 02, 2015

Isteri Bukan Punca Sleeq Bakal Terkubur; Perkahwinan Punca Pembubaran?



“Benar #1 adalah single terakhir dari Sleeq, malah saya juga akan menukar nama saya kepada ALIF sahaja selepas ini. Tiada lagi Sleeq di belakang nama saya. Namun bab kerana isteri kami bergaduh sampai bubarkan Sleeq memang tidak benar” “Apa yang menyebabkan kami pergi arah bertentangan kini adalah disebabkan komitmen masing-masing. Saya anggap ini perkara biasa, cuma selepas ini tiada lagi Sleeq memandangkan saya akan meneruskan karier nyanyian secara solo manakala Syarif pula akan memberi tumpuan buat perniagaannya di Singapura” “Kalau mahu kata perkahwinan juga sebagai perpecahan kami, saya tidak mahu nafikan. Namun secara positifnya bila sudah berkahwin kami tahu tanggungjawab masing-masing dalam memastikan sumber kewangan kami kukuh, jadi ini adalah cara terbaik buat kami ketika ini,” jelasnya. - Utusan